154094ac9e4560c50117702b20ce8f51.jpg
51a991eaa702123d99c36748d7829f4d.jpg
21e617b55ee3298db611d4a4992a2502.jpg
154094ac9e4560c50117702b20ce8f51.jpg
51a991eaa702123d99c36748d7829f4d.jpg
21e617b55ee3298db611d4a4992a2502.jpg
Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini telah berlangsung pada 7 Mac 2020 yang lalu. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Encik Abdul Razak bin Abdul Aziz merangkap YDP PIBG yang telah memegang jawatan ini hampir 7 tahun. Pada tahun ini, jawatan YDP PIBG telah digalas oleh Dr Aziati bersama-sama beberapa wakil ibu bapa yang telah dilantik. Tahniah diucapkan. Sokongan daripada semua pihak (ibu bapa dan guru) diharapkan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan anak-anak dalam semua bidang.
Bengkel ini dijalankan pada 3 Mac 2020 yang lalu melibatkan semua pelajar Tingkatan Empat dan juga pelajar bagi Persatuan Sains dan Teknologi serta Persatuan Doktor
Muda. Melalui bengkel anjuran Panitia Sains SMKPP11(2) ini, pelajar-pelajar berpeluang mempelajari cara-cara melakukan rawatan pertolongan cemas atau cpr bagi membantu menyelamatkan nyawa, membantu orang yang dalam kesakitan dan mencegah kecederaan lanjutan kepada mangsa (pesakit). Selain pelajar, guru-guru juga turut berpeluang menyertai bengkel ini yang memberi banyak manfaat dan ilmu pengetahuan.
Pada 17-19 Februari telah berlangsung Kejohanan Badminton Peringkat Sekolah-sekolah Putrajaya telah berlangsung di SMK Putrajaya Presint 9(1). Beberapa orang pelajar telah mewakili sekolah dan pelajar-pelajar ini di bawah bimbingan Puan Fatmawati Saharin dan Puan Rosliza Zawawi.
Kejohanan Sukan Tahunan SMKPP11(2) pada kali ini berlangsung di Mini Stadium Uniten, Kajang. Tanggal 22 Februari 2020 telah menjadi hari gemilang
dan kejayaan kepada pasukan Rumah Perdana (Merah) yang telah menjadi juara. Tempat kedua pula menjadi milik Rumah Wawasan (Kuning), diikuti dengan
rumah Gemilang (Hijau) dan rumah Bestari (Biru). Syabas dan tahniah kepada semua guru dan pelajar-pelajar.
Bertempat di Dewan Kompleks SMKPP11(2) telah berlangsung satu Majlis Pelancaran Nilam dan Highly Immersive Programme (HIP)
pada hari Jumaat, 14 Februari 2020. Majlis ini diterajui oleh Puan NorHamizah binti Selamat selaku Guru Media dan Perpustakaan (PSS) bersama-sama
dengan Datin Erni Irawati binti Rosli selaku Penyelaras Program HIP. Pelbagai persembahan yang diadakan menunjukkan anak-anak pelajar mempunyai
bakat dan kreativiti disamping boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Program ini telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang, Tn Hj Hassim bin Markom.
Page 1 of 5

Galeri

Guru Bertugas Minggu Ini

Tarikh
:18 -22 FEB 2019
Nama Guru
PN FATIMAH BT SAHUBAR ALI
PN NOOR SARAHANA BT ZAKARIA

PENGUNJUNG LAMAN

Today 6

Yesterday 26

Week 67

Month 6

All 14242

Currently are 179 guests and no members online

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Daftar Masuk

AKTIVITI SEKOLAH

October 2020
S M T W T F S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31